Thursday, May 28, 2009

Mengharung Zaman 2009


Lagu Mengharung Zaman kini telah digubah semula oleh Usratika , dengan memberikan sentuhan baru dan music arrangements yang lebih baik...dengan ini, semua album Usratika akan mengandungi track lagu Mengharung Zaman yang baru...terima kasih kepada Abg Taha dari Grido Studio , Kelana Jaya kerana memberikan bantuan dan khidmat professional untuk menjadikan Mengharung Zaman 2009 satu lagu dengan dimensi baru!

Wednesday, May 13, 2009

Nasyid itu muzik, muzik itu nasyid?

Muzik yang merentasi sempadan.Ada orang kata aku ni tidak berapa mesra dengan irama nasyid.Betul ke?Hohoho...

Kumpulan nasyid yang sudah semakin menjadi ala-ala Backstreetboy versi melayu.Konon nak tembus medium lapisan masyarakat untuk berdakwah?Ye ke?Aku teringat tentang artikel yang pernah ditulis oleh Saudara Anuar Mansor satu ketika dahulu mengenai ini.

Bagi aku, Yusuf Islam pun sedar akan hal ini.Ini mungkin antara penyebab beliau untuk memegang gitar kembali dan bernyanyi sepertimana sebelum ini (Cat Steven)
Artikel yang menarik mengenai Yusuf dalam Rolling Stone
Begitu juga dengan nama seperti   Iwan Fals   yang banyak menyumbang lagu-lagu keluhan rakyat yang terindas dengan muzik berbentuk folk dan country.                        

Aku pun tak tahulah kalau budak-budak 'boy band' Nasyid sekarang ni tahu ke asal-usul muzik Islam itu dari mana,siapa yang cipta dan bagaimana ia berkembang.
Nak tahu lanjut?cuba ke sini dan sini dan sini