Monday, April 14, 2008

Antara Tomboi dan Tudung


Peristiwa 1

Waktu tu. pilihanraya kampus bagi Matrikulasi UIA sedang berjalan.Aku baru keluar dari bilik aku dan menuju ke dewan Al-Malik Faisal.Sedang aku melalui jalan bertar, aku terdengar jerit pekik, takbir yang membabi buta dari satu golongan lagaknya sebagai 'perwira-perwira' Islam yang mahu menentang golongan kafir.Aku terkedu seketika pabila aku memanadang wajah seorang perempuan yang aku kenali. Dengan memakai tudung labuh dan berpakaian sopan, beliau dan rakan-rakannya memanadang aku dengan muka yang penuh dengan ekspresi seolah-olah aku ni memusuhi Islam (bagi puak-puak ni, sesape yang memusuhi mereka, seolah-olah memusuhi perjuangan mereka nak tegakkan negara islam) Aku terkedu seketika dan sehingga sekarang aku masih mengingati ekspresi muka-muka tersebut.

Peristiwa 2
Sewaku program CONVEST sedang berlangsung, seorang kawan aku sedang makan malam di tapak CONVEST.Sedang beliau makan, tiba-tiba dia ternampak seorang muslimat bertudung labuh memberi satu nota kepada golongan makhluk lembut yang makan di meja berdebelahan dengannya. Dengan muka yang tak berapa puas hati, makhluk lembut pun 'sound' orang bertudung labuh tu.Kawan aku ni terkejut dan terus bertanya kepada makhluk lembut tu. Setelah kawan aku membaca nota yang diberi oleh makhluk lembut tu, kawan aku tak hairan sebab lancang sangat tulisan-tulisan yang ada dalam nota tu.Kata kawan aku, "nak berdakwah tu kenala tempat dan menggunakan bahsa yang baik.Barulah makhluk-maklkuk lembut tu takdela marah". Aku terlopong seketika.

Peristiwa 3
Sewaktu aku menaiki bas dari Pudu ke AR (khamis 3 April, 6.30pm), ada seorang gadis yang manis dan cukup lengkap pakaiannya.Walaupun tak bertudung labuh. Aku terdengar perbualan antara mereka.Gadis berwajah manis ni tiba-tiba berkata pada kawan dia ,
"aku ni kan, kalau bapa aku ambil aku lambat kat Putra LRT, memang aku memaki hamun dia.Aku cakapla p*****k, b**i punya orang tua.Kenapa amik lambat?.Aku ni memang panas baran orang nya.Lepastu, bapa aku jawab, nasib baikla ko sorang je anak perempuan.Kalau tak,dah lama kena sebat dengan abah".Aku tengok, gadis ni ketawa bila cerita dengan kawan dia.

Gadis tu pun sambung lagi "Kalau aku bangun tidur, pastu mak aku tak habis masak lagi, aku membebel..p*****k..b**i..apasal lambat sangat nak habis masak ni!"

Aku yang duduk terkejut bila terdengar perbualan diorang tu.Dalam hati aku, budak ni memang tak pernah kena lagi ni dengan orang lain.Harap muka je lawa, pakai tudung tapi perangai macam apa entah.Aku malsa nak tulis perbualan dia dengan kawan dia.Aku tengok dia ni seolah-olah macam nak menunjuk kat aku (sebab aku duduk dan dia berdiri di sebelah aku) dia ni memang panas baran sangat.Pening-pening.
Peristiwa 4
Hari Jumaat (4 April, 7.30 mlm) aku menaiki LRT dari Stesen Universiti ke Kelana Jaya sebab Yusni nak pergi Gombak dan aku pun tumpang sekali naik kereta dia.Dalam Lrt tu, ada 2 orang perempuan tomboi sedang berborak dengan penuh mesra.Aku tak hirau sangat perbualan diorang tu. Tapi sampai la satu topik perbualan tu bila salah seorang dari dia tak puas hati bila rakan kat tempat kerja dia ni, terpaksa tanggalkan tudung untuk kerja.Dia cakap pasal kawan dia,
"Aku pelik betul tengok bos aku tu.Nama je Islam tapi paksa-paksa kawan aku ni tanggalkan tudung.Kan tudung tu perempuan kena pakaiAku tak puas hati betul..Kawan aku tu tengah pening nak buat macam mana"

Tersengih aku sendirian.Ye la, dahla tomboi tapi ada la gak kesedaran dan ambil berat pasal kawan dia kena buka tudung.Dunia-dunia.
Kesimpulan
Bertudung je tak cukup.Tapi moral dan akhlak kenala jaga.Aku setuju tak semua perempuan bertudung macamtu.Ye la, ini aku kutip dari pengalaman aku.Lebih bagus kalau dua-dua unsur, akhlak dan syariat di gabungkan sama.Entahla..yang merasakan dirinya buat kerja-kerja 'dakwah' tu janganlah rasa diri bagus dan tengok orang lain macam pelik sikit je terus nak adili dia.'don't judge a book by its cover'

Teringat aku pada lagu M.Nasir...."curiga di mata orang, bagai mentari rembang, bagaikan aku berdosa, pada siapa sahaja....sedang tuhan,tahu sesiapa, untuk neraka untuk syurga....."hehehe..lagu ni aku tujukan khas untuk Rashdan.


Isteri Mustafa Kamal Ataturk juga bertudung.Amacam?







Tuesday, April 1, 2008

Islam itu Tidak moral?




Aku membaca suratkhbar Siasah semalam.Ada satu ruangan berita yang menarik minat aku.Kisahnya, salah seorang pimpinan tertinggi daripada parti pembangkang telah melawat Ketua Menteri Pulau Pinang (KMPP).Mulanya mereka bersetuju hendak berjumpa di McDonald tetapi tak jadi (dinasihatkan oleh polis atas faktor keselamatan) dan terus berjumpa di rumah yang beliau duduki sekarang.Rumah peninggalan bapanya yang sudah pun berusia.

Sewaktu pemimpin parti politik itu datang ke rumahnya, KMPP hanya berseluar pendek dan berbaju biasa saja.Ye la, di rumah.Takkan nak pakai kemeja pula.Yang menjadi perhatiannya, beliau mengikut jejak langkah Menteri Besar di negeri Kedah dan Kelantan untuk duduk di rumah sendiri.

Itu lah Lim Guan Eng, seorang cina yang bukan muslim.Teringat aku waktu beliau baru ditabalkan menjadi KMPP, bekas KMPP , Koh Tsu Koon membawa beliau ke pejabatnya dan dengan secara hormat menyerahkan tugas KMPP kepada Lim Guan Eng.Terfikir aku seketika tentang kejadian di Kedah dan Selangor dimana, bila MB baru dilantik, pejabat MB berselerakan dengan fail, ada fail-fail penting yang hilang dan sesetengah pejabat hilang kerusi, meja malahan komputer.

Persoalannya di sini, sebagai orang Islam, aku agak malu dengan keadaan sebegitu rupa.Walhal, bekas MB dan MB baru (Kedah dan Selangor) adalah sama-sama Islam.Tapi, bekas MB (atau mungkin orang bawahannya) yang lepas membuat sesuatu yang memalukan.Orang bukan Islam memahami perkara moral dengan begitu baik berbanding orang Islam sendiri.Macam kes Lim Kit Siang meminta maaf dengan Sultan Perak tapi bagaimana dengan Idris Jusoh berserta puak-puaknya pula?Agaknya dah minta maaf ke belum dengan Sultan Terengganu?

Apapun, Islam sudah menekankan tentang konsep moral yang begitu tinggi tapi sesetengah orang tak nak ikut. Selepas ni, kita lihat saja rentak-rentak 'baru' yang akan menyusul.




Malie

Buku yang sedikit-sebanyak menyentuh hati aku

PANRITA

Penulis : Arena WatiTerbitan : Dewan Bahasa dan PustakaHalaman : 397 muka suratTahun cetakan : 1993


Panrita...Novel Arena Wati yang berunsur sufistik.Begitulah tanggapan saya ketika membaca novel ini. Bagi saya ia adalah khazanah berharga yang sepatutnya orang kebanyakan baca, fahami dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh Arena WAti.Perjalanan roh manusia secara spiritual melangkaui alam fizikal menembusi zarah-zarah pejal yang tidak mampu dijelaskan oleh fakulti pemikiran manusia secara maknawi.

Pembersihan diri yang dilalui oleh Omba dalam mencari hakikat yakin bahawa untuk apa manusia itu wujud dan menjadi hamba kepada Sang Cipta Rasa. Pengalaman sebentar di alam metafizik membuatkan Omba harus mengerti akan hakikat ketuhanan yang dilupakan saat dia berada di dimensi manusia.

Arena wati juga cuba membawa kita memahami tentang pengertian ‘yakin’ dan ‘tahu’ dalam memahami konsep kehidupan yang bersandarkan syariat.Novel ini juga menerangkan kumpulan manusia yang dibahagikan kepada 4 kumpulan dari perspektif pemahaman Arena Wati.Pertama (akal hayulani ) manusia yang buta huruf walaupun mereka jujur dan mudah dipengaruhi oleh oleh yang lebih cerdik dan lebih tinggi kemampuan mindanya.

Pengetahuan mereka berdasarkan pengalaman sehari-hari dibawah perintah orang yang lebih berkuasa. Kedua ( campuran akal kasabi dan atoi) , manusia yang mampu meninggikan taraf hidup dan mencipta sesuatu ( akal kasabi), dan orang yang mempunyai peluang untuk mendapat hidayah.(akal atoi) Sekiranya pengaruh hidayah itu kuat, dia akan kuat imannya dan mudah memahami perkara duniawi dan ghaib.Ketiga, ( akal bilfili) manusia yang arif tentang hukum alam dan memahami dan meyakini yang ghaib. Orang sebegini dapat melihat perkara yang melangkaui penglihatan perkara-perkara zahir yang dipercayai oleh mata kasar manusia . Keempat, ( akal mustafad) manusia yang sudah memahami tentang hakikat kehidupan, kebenaran dan memahami makrifatulhaq . Orang sebegini sudah mempunyai minda yang sempurna dan mencapai ketenangan di dalam hidupnya.

…”Teruskan perjalananmu Omba.”Tiba-tiba Panrita Tua wujud dihadapannya. “Suatu pengembaraan dianngap gagal kalau kita tidak mendapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kau jumpa dalam perjalanan adakalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.”
Malie