Tuesday, August 12, 2008

Radio Malaya?




Jalan sesak dengan kereta.Biasalah..waktu balik kerja memang macamni.Aku dalam perjalanan menuju ke Jalan Duta untuk mengambil Isteri.Dalam perjalanan, aku bertukar-tukar siaran radio :

Radio Hangat

Aku saja mendengar segmen petang di radio ni.

DJ : Apa perkara yang hangat dan tak hangat yang berlaku pada Hani (nama samaran) hari ni?

Pemanggil : Saya baru 'kantoi' dengan pakwe saya waktu saya keluar dengan pakwe yang lagi satu.

DJ : Laaa..macamana boleh macamtu?Awak ada berapa pakwe ni?Waktu tu boyfren awak tak mengamuk ke?

Pemanggil : Ada 5 orang.Biasalah, kena ada 'sparepart'.Tapi waktu tu saya buat tak tahu je la.Kalau dia nak merajuk..merajukla...

DJ : oooo..ish..ish.awak ni..umur awak berapa ni?

Pemanggil : hehehe..saya dah 25 tahun...

Nak termuntah aku dengar..perbualan-perbualan sebegini di radio-radio swasta..tu belum masuk lagi bila ada budak sekolah dok cerita yang dia bengang dengan kawan dia sebab kantoikan dia dan pakwe dia duduk berdua bersama di belakang sekolah.Rado swasta......

Radio 24

Waktu aku dengar isu MRR2 sedang dibincangkan.Pemanggil pula dari pemandu teksi,surirumah,pelajar sekolah sampailah yang bekerja dalam bidang profesional.Yang bagi komen emosional menghentam kerajaan pun ada...yang bagi secara rasional pun ada..pokoknya masing-masing dapat mengikuti perbualan yang dibincangkan mengikut tahap pemikiran masing-masing.

kesimpulan

Aku takdela nak minta Radio swasta ni ubah terus cara pengendalian .Apala kiranya cuba bagi satu topik yang tak berapa berat (sebagai permulaan) tapi berdasarkan budaya yang peka kepada suasana dan menyuruh pendengar dapat berfikirla sedikit.Biar terisi la sikit perbualan petang.Aku tengok pun ada seorang DJ di Radio Swasta yang lain sampaikan nama angkasawan negara pun boleh tersilap dengan nama Menteri Sains dan Teknologi.Bak kata Wawa, apa kes?Malah ada DJ radio mengaku jarang membaca suratkhabar.

Itula, banyak artis ke,selebriti ke, bab fesyen, nak tunjuk moden tapi bila sampai bab yang memerlukan budaya membaca ke (sebagai contoh) tak pula ikut sesetengah artis barat (U2, Rage Against the Machine, d.l.l).Jadi, kalau-kalau rajin tu cubalah buka Radio 24 (sebelum pergi kerja dan balik kerja).Ini untuk siapa yang berminat la nak dengar.

Aku teringin nak dengar macamana fungsi Radio sewaktu negara ni masih bergelar Malaya.Hiburan dan pendidikan kesedaran dapat bersatu.


malie

Saturday, July 12, 2008

Bahasa yang tinggal Melayu atau Melayu yang tinggal bahasa?

Aku baru saja menikmati makan malam.Sotong masak pedas dan Ulam.Sambil aku makan nasi, aku menonton televisyen.Rancangan Berita RTM 1 dan TV3.

RTM 1

Nicole Ann David telah dikurniakan gelaran Datuk kerana pencapaiannya di arena Squash.Aku tak kisah je pada mulanya sampailah bila dia di wawancara dengan wartawan RTM.Aku dengar je dia bercakap.Dari mula sampai akhir.Aku angguk-anggukkan kepala je bila dengar dia bercakap.

Sebenarnya aku bengang betul dengan minah yang baru dapat gelaran Datuk ni. Nak tahu sebab apa?Sebab bila di wawancara, dia tak bercakap Bahasa Melayu.Padahal dia baru je keluar dari majlis rasmi .Cuma aku anggap mungkin wartawan yang bertanya dalam bahasa inggeris. Jadi mungkin dia bercakap balik dalam bahasa inggeris. Cuma aku terfikir, pernah ke dengar dia bercakap bahasa melayu dalam TV?

Dalam waktu yang sama, RTM pun minta pandangan Datuk M. Jegathesan pasal Nicol dapat gelaran Datuk. Boleh pulak Daruk M. Jega bercakap Bahasa Melayu. Kenapa Nicol tak boleh?Ooo..mungkin dia bukan orang melayu dan berasal dari 'Pulau Pinang'. Sebab tu dia tak boleh bercakap bahasa melayu kot. Ye la, kan baru-baru ni Pulau pinang heboh kejap pasal papan-papan tanda yang nak diubah sebab nak memudahkan pelancong.

TV3

Aku rasa semua tonton iklan NST.Pasal budak-budak sekolah naik bas lepastu jumpa minah orang putih nak tanya jalan ke Tugu Negara. Aku rasa macam diperbodohkan pula bila dengar ayat "kalau belajar bahasa inggeris, senang dapat kerja".

Aku tak nafikan bahasa inggeris penting. Tapi kenapa nak tunjukkan bahasa inggeris tu macam bahasa utama pula.Pelik betul.Aku nak tergelak pun ada.Aku ingat lepasni kena tukar la nama negara ni dari MALAYSIA terus jadi INGGERISIA.

Mungkin orang akan anggap aku ni chauvinis bahasa. Takpe.Bagusla kalau orang anggap aku macamtu. Aku ingat, kalau aku jumpa budak yang tak reti cakap bahasa inggeris dalam iklan NST tu, aku cakap kat dia "jangan malu kalau tak reti cakap bahasa inggeris.Sebab kau orang Melayu.Tau sikit-sikit pun takpe"

Perempuan Inggeris tu pelancong.Sebelum dia datang negara kita mesti dia tahu bahasa Utama negara ni bahasa Malaysia. Kalau pelancong asing datang Jepun atau Perancis berbelit-belitla lidah diorang nak tanya Jalan atau tempat. Biasala Melayu.Peramah sangat.

Cuma, aku rasa, masyarakat melayu ni perlu baca buku Imbasan yang ditulis oleh Datuk Hassan Ahmad. Kalau dah baca buku tu, baru korang tau kenapa aku tulis macamni.Bahasa Jiwa bangsa.


malie

Tuesday, July 8, 2008

Basikal oh basikal






aku terbaca satu laman web mengenai mengupayakan masyarakat melalui basikal.menarik idea ni.kebetulan ada satu blog yang cuba mengajak rakyat supaya menjadikan setiap jumaat pada minggu akhir setiap bulan keluar beramai-ramai di seluruh dunia dengan menggunakan pengangkutan tanpa enjin.waahhh..menarik idea ni.
















Saturday, May 31, 2008

Perihal Kesamarataan

Hari ini aku menulis dari Kuantan.Melawat sahabat isteri aku melangsungkan perkahwinannya.Sepanjang perjalanan dar KL ke Kuantan, aku terbayang-bayang muka ahli Parlimen Serdang yang menuntut hak sama rata iaitu pengagihan biasiswa kepada bukan bumiputera dinaikkan lagi kepada 50%.Katanya adil.Adil?Bumiputera ada 65% dan bukan bumipuera ada 35%.Kalau diikut dari segi kuotanya, sepatunya buat apa bukan bumiputera nak lebih daripada sepatutnya?Bumiputera yang mempunyai jumlah penduduk yang tertinggi juga mempunyai kadar pendapatan isi rumah yang rendah berbanding bukan bumiputera. (fakta: ada dalam laporan unit perancang ekonomi dan RMK-9)

Langsung, terlintas di pemikiran aku konsep adil yang aku belajar dalam subjek ‘Jurisprudence’.Adil yang macamana?Adakah 50-50 itu sudah dianggap adil manakala kalau 70-30 itu tak dianggap adil?Definisi adil dari kacamata Islam , adil membawa maksud ‘meletakkan sesuatu di tempat yang betul’.Bagitu cantik sekali definisi tersebut.

Jadi sekiranya konsep pembahagian 70-30 itu pun boleh diterima sebagai adil sekiranya menepati syarat.Kalau tak faham lagi, aku bagi sedikit analogi. Katakan seorang bapa mempunyai RM 10 dan nak dibahagikan kepada 4 orang anak. Ada anak yang berumur 3 bulan, 4 tahun, 7 tahun dan 16 tahun. Adakah adil sekiranya setiap anak itu mendapat RM2.50 seorang berdasarkan umur dan kepenggunaanya terhadap duit?Fikir sendiri.

Ketirisan memang betul berlaku.Tetapi adakah kita perlu bertindak seperti ini dengan menaikkan kuota untuk menjuarai isu kesamarataan?Apa agaknya reaksi PAS dan melayu dalam PKR?

Kuantan 11.52 pagi
malie

Thursday, May 8, 2008

Fakta atau Falasi?

Aku melihat perkembangan sidang Parlimen yang diadakan.Banyak perkara-perkara menarik yang dibangkitkan.Bila semalam aku terdengar ahli Parlimen Kinabatangan bercakap mengenai krisis bekalan makanan yang beliau utarakan sejak tahun 2002 tetapi tidak mendapat perhatian.Mengapa ini berlaku?Mengapa pada tahun tersebut kerajaan tidak membuat sesuatu?

Jadi aku terfikir, adakah segala keputusan yang dibuat oleh parlimen pada ketika ini betul-betul efektif bagi 5 ke 10 tahun akan datang?Begitu juga janji-janji dalam menifesto Pakatan Rakyat :
turunkan harga minyak, minimum gaji RM 1500 untuk pekerja swasta, menghapuskan bayaran bil air bagi penggunaan 20m padu ke bawah, menghapuskan ISA, AUKU dan lain-lain.

Kalau ditinjau dari segi manifesto ini memang nampak menarik.Cuma aku ingin membawa kepada satu kes yang terjadi pada tahun 1960 di Mesir.Kerajaan mesir pada waktu tu telah mengenakan Kawalan Sewa rumah yang murah kepada rakyat.Pada waktu tu, ia memberikan faedah kepada rakyat di negara tersebut.

Kesannya, ramai rakyat Mesir tidak membeli rumah kerana sewa rumah sudah begitu murah.Tetapi, kesan kepada Kawalan Sewa ini terasa beberapa tahun kemudian apabila Syarikat pemaju perumahan tidak membina rumah kerana tidak ada orang ingin membeli kerana sewa rumah murah.Permintaan terhadap rumah semakin meningkat dan rumah pula semakin kurang.Natijahnya, beberapa keluarga terpaksa berkongsi hidup dalam satu rumah.

Begitu juga di Melbourne selepas Perang Dunia ke 2 bila kerajaan Australia waktu itu mengenakan Kawalan sewa Rumah.Tidak ada satu pun rumah apartment dibina beberapa tahun selepas Perang Dunia ke 2. (Economies Fact and Fallacies, Thomas Sowell)

Dalam konteks Malaysia, bila Datuk seri anwar ibrahim ingin menghapuskan DEB, adakah ia satu langkah yang betul?Adakah oang-orang Melayu dalam PKR dan PAS sudah memikirkan kesannya dalam 10 tahun akan datang?Lim Kuan Yew mahir membaca tulisan Jawi dan orang melayu yang menyokong beliau pada ketika itu melihat sekiranya Singapura bebas daripada Malaysia, orang melayu akan tetap dibela.Malah selepas Singapura merdeka, Presiden pertama Singapura adalah orang melayu.Tetapi itulah yang pertama dan yang terakhir.

Falsafah liberal demokrasi yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim adakah betul-betul sesuai dengan Malaysia?Bagaimana dengan sistem ekonomi kalau-kalau ia menjadi liberal?Adakah pasaran-pasaran ekonomi di Malaysia akan dibuka seluas-luasnya kepada ekonomi luar?Adakah matawang ringgit akan ditamatkan tambatannya setelah ia berjaya menstabilkan nilai RM beberapa tahun ini?adakah orang-orang PAS,PKR dan DAP betul-betul faham makna Liberal Demokrasi ini?DEB memang bermasalah dengan kroni dan rasuah.Adakah disebabkan itu, DEB harus dimansuhkan terus?

Persoalan-persoalan ini bermain dalam minda aku.Aku menyokong Anwar kerana betul beliau dizalimi pada tahun 1998 tetapi menyokong tak semestinya bersetuju terhadap apa jua yang disebutnya.Begitu juga pemerintah.Sewaktu selesa memerintah, tidak ingat terhadap suara-suara kecil dibawah.

Sebagai manusia kita harus menimbang persoalan-persoalan yang di war-warkan oleh Pakatan Rakyat dan Pemerintah dengan kritis.Terima dengan analisis yang secukupnya.

RTM dunia baru aku

Aku memulakan kerja di RTM kira-kira 3 minggu lalu sebagai seorang penyelidik isu-isu semasa.Jawatan baru yang diwujudkan disini.Kerja secara tidak langsung dengan RTM (kontrak dengan Sayed Munawar)

Melihat RTM dari dalam memberikan aku pengalaman baru.Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang melibatkan kepentingan kerajaan dan masyarakat.Menteri Penerangan yang baru agak berani untuk mengubah budaya dan cara berfikir orang yang bekerja dalam sistem penyampaian RTM.

Tugas aku menyediakan info dan kupas sesuatu isu dari semua sudut.Sesuatu yang tidak dilakukan oleh RTM selama ni.Sebab itu RTM agak kelam kabut dalam menyampaikan sesuatu isu dan dianggap betul-betul 'bias' kerana tidak mampu menyampaikan dalam bentuk fakta yang kukuh.Pening gak memikirkan.Sebelum ni, orang-orang di RTM agak tertekan dengan pihak atasan sebelum menteri penerangan yang baru ini memulakan tugas.Jadi. aku teruskan saja tugas aku dan melihat perkembangan-perkembangan yang bakal mendatang.

Monday, April 14, 2008

Antara Tomboi dan Tudung


Peristiwa 1

Waktu tu. pilihanraya kampus bagi Matrikulasi UIA sedang berjalan.Aku baru keluar dari bilik aku dan menuju ke dewan Al-Malik Faisal.Sedang aku melalui jalan bertar, aku terdengar jerit pekik, takbir yang membabi buta dari satu golongan lagaknya sebagai 'perwira-perwira' Islam yang mahu menentang golongan kafir.Aku terkedu seketika pabila aku memanadang wajah seorang perempuan yang aku kenali. Dengan memakai tudung labuh dan berpakaian sopan, beliau dan rakan-rakannya memanadang aku dengan muka yang penuh dengan ekspresi seolah-olah aku ni memusuhi Islam (bagi puak-puak ni, sesape yang memusuhi mereka, seolah-olah memusuhi perjuangan mereka nak tegakkan negara islam) Aku terkedu seketika dan sehingga sekarang aku masih mengingati ekspresi muka-muka tersebut.

Peristiwa 2
Sewaku program CONVEST sedang berlangsung, seorang kawan aku sedang makan malam di tapak CONVEST.Sedang beliau makan, tiba-tiba dia ternampak seorang muslimat bertudung labuh memberi satu nota kepada golongan makhluk lembut yang makan di meja berdebelahan dengannya. Dengan muka yang tak berapa puas hati, makhluk lembut pun 'sound' orang bertudung labuh tu.Kawan aku ni terkejut dan terus bertanya kepada makhluk lembut tu. Setelah kawan aku membaca nota yang diberi oleh makhluk lembut tu, kawan aku tak hairan sebab lancang sangat tulisan-tulisan yang ada dalam nota tu.Kata kawan aku, "nak berdakwah tu kenala tempat dan menggunakan bahsa yang baik.Barulah makhluk-maklkuk lembut tu takdela marah". Aku terlopong seketika.

Peristiwa 3
Sewaktu aku menaiki bas dari Pudu ke AR (khamis 3 April, 6.30pm), ada seorang gadis yang manis dan cukup lengkap pakaiannya.Walaupun tak bertudung labuh. Aku terdengar perbualan antara mereka.Gadis berwajah manis ni tiba-tiba berkata pada kawan dia ,
"aku ni kan, kalau bapa aku ambil aku lambat kat Putra LRT, memang aku memaki hamun dia.Aku cakapla p*****k, b**i punya orang tua.Kenapa amik lambat?.Aku ni memang panas baran orang nya.Lepastu, bapa aku jawab, nasib baikla ko sorang je anak perempuan.Kalau tak,dah lama kena sebat dengan abah".Aku tengok, gadis ni ketawa bila cerita dengan kawan dia.

Gadis tu pun sambung lagi "Kalau aku bangun tidur, pastu mak aku tak habis masak lagi, aku membebel..p*****k..b**i..apasal lambat sangat nak habis masak ni!"

Aku yang duduk terkejut bila terdengar perbualan diorang tu.Dalam hati aku, budak ni memang tak pernah kena lagi ni dengan orang lain.Harap muka je lawa, pakai tudung tapi perangai macam apa entah.Aku malsa nak tulis perbualan dia dengan kawan dia.Aku tengok dia ni seolah-olah macam nak menunjuk kat aku (sebab aku duduk dan dia berdiri di sebelah aku) dia ni memang panas baran sangat.Pening-pening.
Peristiwa 4
Hari Jumaat (4 April, 7.30 mlm) aku menaiki LRT dari Stesen Universiti ke Kelana Jaya sebab Yusni nak pergi Gombak dan aku pun tumpang sekali naik kereta dia.Dalam Lrt tu, ada 2 orang perempuan tomboi sedang berborak dengan penuh mesra.Aku tak hirau sangat perbualan diorang tu. Tapi sampai la satu topik perbualan tu bila salah seorang dari dia tak puas hati bila rakan kat tempat kerja dia ni, terpaksa tanggalkan tudung untuk kerja.Dia cakap pasal kawan dia,
"Aku pelik betul tengok bos aku tu.Nama je Islam tapi paksa-paksa kawan aku ni tanggalkan tudung.Kan tudung tu perempuan kena pakaiAku tak puas hati betul..Kawan aku tu tengah pening nak buat macam mana"

Tersengih aku sendirian.Ye la, dahla tomboi tapi ada la gak kesedaran dan ambil berat pasal kawan dia kena buka tudung.Dunia-dunia.
Kesimpulan
Bertudung je tak cukup.Tapi moral dan akhlak kenala jaga.Aku setuju tak semua perempuan bertudung macamtu.Ye la, ini aku kutip dari pengalaman aku.Lebih bagus kalau dua-dua unsur, akhlak dan syariat di gabungkan sama.Entahla..yang merasakan dirinya buat kerja-kerja 'dakwah' tu janganlah rasa diri bagus dan tengok orang lain macam pelik sikit je terus nak adili dia.'don't judge a book by its cover'

Teringat aku pada lagu M.Nasir...."curiga di mata orang, bagai mentari rembang, bagaikan aku berdosa, pada siapa sahaja....sedang tuhan,tahu sesiapa, untuk neraka untuk syurga....."hehehe..lagu ni aku tujukan khas untuk Rashdan.


Isteri Mustafa Kamal Ataturk juga bertudung.Amacam?







Tuesday, April 1, 2008

Islam itu Tidak moral?




Aku membaca suratkhbar Siasah semalam.Ada satu ruangan berita yang menarik minat aku.Kisahnya, salah seorang pimpinan tertinggi daripada parti pembangkang telah melawat Ketua Menteri Pulau Pinang (KMPP).Mulanya mereka bersetuju hendak berjumpa di McDonald tetapi tak jadi (dinasihatkan oleh polis atas faktor keselamatan) dan terus berjumpa di rumah yang beliau duduki sekarang.Rumah peninggalan bapanya yang sudah pun berusia.

Sewaktu pemimpin parti politik itu datang ke rumahnya, KMPP hanya berseluar pendek dan berbaju biasa saja.Ye la, di rumah.Takkan nak pakai kemeja pula.Yang menjadi perhatiannya, beliau mengikut jejak langkah Menteri Besar di negeri Kedah dan Kelantan untuk duduk di rumah sendiri.

Itu lah Lim Guan Eng, seorang cina yang bukan muslim.Teringat aku waktu beliau baru ditabalkan menjadi KMPP, bekas KMPP , Koh Tsu Koon membawa beliau ke pejabatnya dan dengan secara hormat menyerahkan tugas KMPP kepada Lim Guan Eng.Terfikir aku seketika tentang kejadian di Kedah dan Selangor dimana, bila MB baru dilantik, pejabat MB berselerakan dengan fail, ada fail-fail penting yang hilang dan sesetengah pejabat hilang kerusi, meja malahan komputer.

Persoalannya di sini, sebagai orang Islam, aku agak malu dengan keadaan sebegitu rupa.Walhal, bekas MB dan MB baru (Kedah dan Selangor) adalah sama-sama Islam.Tapi, bekas MB (atau mungkin orang bawahannya) yang lepas membuat sesuatu yang memalukan.Orang bukan Islam memahami perkara moral dengan begitu baik berbanding orang Islam sendiri.Macam kes Lim Kit Siang meminta maaf dengan Sultan Perak tapi bagaimana dengan Idris Jusoh berserta puak-puaknya pula?Agaknya dah minta maaf ke belum dengan Sultan Terengganu?

Apapun, Islam sudah menekankan tentang konsep moral yang begitu tinggi tapi sesetengah orang tak nak ikut. Selepas ni, kita lihat saja rentak-rentak 'baru' yang akan menyusul.




Malie

Buku yang sedikit-sebanyak menyentuh hati aku

PANRITA

Penulis : Arena WatiTerbitan : Dewan Bahasa dan PustakaHalaman : 397 muka suratTahun cetakan : 1993


Panrita...Novel Arena Wati yang berunsur sufistik.Begitulah tanggapan saya ketika membaca novel ini. Bagi saya ia adalah khazanah berharga yang sepatutnya orang kebanyakan baca, fahami dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh Arena WAti.Perjalanan roh manusia secara spiritual melangkaui alam fizikal menembusi zarah-zarah pejal yang tidak mampu dijelaskan oleh fakulti pemikiran manusia secara maknawi.

Pembersihan diri yang dilalui oleh Omba dalam mencari hakikat yakin bahawa untuk apa manusia itu wujud dan menjadi hamba kepada Sang Cipta Rasa. Pengalaman sebentar di alam metafizik membuatkan Omba harus mengerti akan hakikat ketuhanan yang dilupakan saat dia berada di dimensi manusia.

Arena wati juga cuba membawa kita memahami tentang pengertian ‘yakin’ dan ‘tahu’ dalam memahami konsep kehidupan yang bersandarkan syariat.Novel ini juga menerangkan kumpulan manusia yang dibahagikan kepada 4 kumpulan dari perspektif pemahaman Arena Wati.Pertama (akal hayulani ) manusia yang buta huruf walaupun mereka jujur dan mudah dipengaruhi oleh oleh yang lebih cerdik dan lebih tinggi kemampuan mindanya.

Pengetahuan mereka berdasarkan pengalaman sehari-hari dibawah perintah orang yang lebih berkuasa. Kedua ( campuran akal kasabi dan atoi) , manusia yang mampu meninggikan taraf hidup dan mencipta sesuatu ( akal kasabi), dan orang yang mempunyai peluang untuk mendapat hidayah.(akal atoi) Sekiranya pengaruh hidayah itu kuat, dia akan kuat imannya dan mudah memahami perkara duniawi dan ghaib.Ketiga, ( akal bilfili) manusia yang arif tentang hukum alam dan memahami dan meyakini yang ghaib. Orang sebegini dapat melihat perkara yang melangkaui penglihatan perkara-perkara zahir yang dipercayai oleh mata kasar manusia . Keempat, ( akal mustafad) manusia yang sudah memahami tentang hakikat kehidupan, kebenaran dan memahami makrifatulhaq . Orang sebegini sudah mempunyai minda yang sempurna dan mencapai ketenangan di dalam hidupnya.

…”Teruskan perjalananmu Omba.”Tiba-tiba Panrita Tua wujud dihadapannya. “Suatu pengembaraan dianngap gagal kalau kita tidak mendapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kau jumpa dalam perjalanan adakalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.”
Malie