Saturday, May 31, 2008

Perihal Kesamarataan

Hari ini aku menulis dari Kuantan.Melawat sahabat isteri aku melangsungkan perkahwinannya.Sepanjang perjalanan dar KL ke Kuantan, aku terbayang-bayang muka ahli Parlimen Serdang yang menuntut hak sama rata iaitu pengagihan biasiswa kepada bukan bumiputera dinaikkan lagi kepada 50%.Katanya adil.Adil?Bumiputera ada 65% dan bukan bumipuera ada 35%.Kalau diikut dari segi kuotanya, sepatunya buat apa bukan bumiputera nak lebih daripada sepatutnya?Bumiputera yang mempunyai jumlah penduduk yang tertinggi juga mempunyai kadar pendapatan isi rumah yang rendah berbanding bukan bumiputera. (fakta: ada dalam laporan unit perancang ekonomi dan RMK-9)

Langsung, terlintas di pemikiran aku konsep adil yang aku belajar dalam subjek ‘Jurisprudence’.Adil yang macamana?Adakah 50-50 itu sudah dianggap adil manakala kalau 70-30 itu tak dianggap adil?Definisi adil dari kacamata Islam , adil membawa maksud ‘meletakkan sesuatu di tempat yang betul’.Bagitu cantik sekali definisi tersebut.

Jadi sekiranya konsep pembahagian 70-30 itu pun boleh diterima sebagai adil sekiranya menepati syarat.Kalau tak faham lagi, aku bagi sedikit analogi. Katakan seorang bapa mempunyai RM 10 dan nak dibahagikan kepada 4 orang anak. Ada anak yang berumur 3 bulan, 4 tahun, 7 tahun dan 16 tahun. Adakah adil sekiranya setiap anak itu mendapat RM2.50 seorang berdasarkan umur dan kepenggunaanya terhadap duit?Fikir sendiri.

Ketirisan memang betul berlaku.Tetapi adakah kita perlu bertindak seperti ini dengan menaikkan kuota untuk menjuarai isu kesamarataan?Apa agaknya reaksi PAS dan melayu dalam PKR?

Kuantan 11.52 pagi
malie

Thursday, May 8, 2008

Fakta atau Falasi?

Aku melihat perkembangan sidang Parlimen yang diadakan.Banyak perkara-perkara menarik yang dibangkitkan.Bila semalam aku terdengar ahli Parlimen Kinabatangan bercakap mengenai krisis bekalan makanan yang beliau utarakan sejak tahun 2002 tetapi tidak mendapat perhatian.Mengapa ini berlaku?Mengapa pada tahun tersebut kerajaan tidak membuat sesuatu?

Jadi aku terfikir, adakah segala keputusan yang dibuat oleh parlimen pada ketika ini betul-betul efektif bagi 5 ke 10 tahun akan datang?Begitu juga janji-janji dalam menifesto Pakatan Rakyat :
turunkan harga minyak, minimum gaji RM 1500 untuk pekerja swasta, menghapuskan bayaran bil air bagi penggunaan 20m padu ke bawah, menghapuskan ISA, AUKU dan lain-lain.

Kalau ditinjau dari segi manifesto ini memang nampak menarik.Cuma aku ingin membawa kepada satu kes yang terjadi pada tahun 1960 di Mesir.Kerajaan mesir pada waktu tu telah mengenakan Kawalan Sewa rumah yang murah kepada rakyat.Pada waktu tu, ia memberikan faedah kepada rakyat di negara tersebut.

Kesannya, ramai rakyat Mesir tidak membeli rumah kerana sewa rumah sudah begitu murah.Tetapi, kesan kepada Kawalan Sewa ini terasa beberapa tahun kemudian apabila Syarikat pemaju perumahan tidak membina rumah kerana tidak ada orang ingin membeli kerana sewa rumah murah.Permintaan terhadap rumah semakin meningkat dan rumah pula semakin kurang.Natijahnya, beberapa keluarga terpaksa berkongsi hidup dalam satu rumah.

Begitu juga di Melbourne selepas Perang Dunia ke 2 bila kerajaan Australia waktu itu mengenakan Kawalan sewa Rumah.Tidak ada satu pun rumah apartment dibina beberapa tahun selepas Perang Dunia ke 2. (Economies Fact and Fallacies, Thomas Sowell)

Dalam konteks Malaysia, bila Datuk seri anwar ibrahim ingin menghapuskan DEB, adakah ia satu langkah yang betul?Adakah oang-orang Melayu dalam PKR dan PAS sudah memikirkan kesannya dalam 10 tahun akan datang?Lim Kuan Yew mahir membaca tulisan Jawi dan orang melayu yang menyokong beliau pada ketika itu melihat sekiranya Singapura bebas daripada Malaysia, orang melayu akan tetap dibela.Malah selepas Singapura merdeka, Presiden pertama Singapura adalah orang melayu.Tetapi itulah yang pertama dan yang terakhir.

Falsafah liberal demokrasi yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim adakah betul-betul sesuai dengan Malaysia?Bagaimana dengan sistem ekonomi kalau-kalau ia menjadi liberal?Adakah pasaran-pasaran ekonomi di Malaysia akan dibuka seluas-luasnya kepada ekonomi luar?Adakah matawang ringgit akan ditamatkan tambatannya setelah ia berjaya menstabilkan nilai RM beberapa tahun ini?adakah orang-orang PAS,PKR dan DAP betul-betul faham makna Liberal Demokrasi ini?DEB memang bermasalah dengan kroni dan rasuah.Adakah disebabkan itu, DEB harus dimansuhkan terus?

Persoalan-persoalan ini bermain dalam minda aku.Aku menyokong Anwar kerana betul beliau dizalimi pada tahun 1998 tetapi menyokong tak semestinya bersetuju terhadap apa jua yang disebutnya.Begitu juga pemerintah.Sewaktu selesa memerintah, tidak ingat terhadap suara-suara kecil dibawah.

Sebagai manusia kita harus menimbang persoalan-persoalan yang di war-warkan oleh Pakatan Rakyat dan Pemerintah dengan kritis.Terima dengan analisis yang secukupnya.

RTM dunia baru aku

Aku memulakan kerja di RTM kira-kira 3 minggu lalu sebagai seorang penyelidik isu-isu semasa.Jawatan baru yang diwujudkan disini.Kerja secara tidak langsung dengan RTM (kontrak dengan Sayed Munawar)

Melihat RTM dari dalam memberikan aku pengalaman baru.Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang melibatkan kepentingan kerajaan dan masyarakat.Menteri Penerangan yang baru agak berani untuk mengubah budaya dan cara berfikir orang yang bekerja dalam sistem penyampaian RTM.

Tugas aku menyediakan info dan kupas sesuatu isu dari semua sudut.Sesuatu yang tidak dilakukan oleh RTM selama ni.Sebab itu RTM agak kelam kabut dalam menyampaikan sesuatu isu dan dianggap betul-betul 'bias' kerana tidak mampu menyampaikan dalam bentuk fakta yang kukuh.Pening gak memikirkan.Sebelum ni, orang-orang di RTM agak tertekan dengan pihak atasan sebelum menteri penerangan yang baru ini memulakan tugas.Jadi. aku teruskan saja tugas aku dan melihat perkembangan-perkembangan yang bakal mendatang.